Berita Terkini

13 Jan 2026

Makluman Pengemaskinian Maklumat Diri

oleh: Web Master

Kepada semua pengguna,

Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda ingin mengubah suai maklumat diri, anda perlu memaklumkan perkara tersebut kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) terlebih dahulu.

Sila berikan butiran berikut kepada pihak AJK:

  1. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
  2. Nombor Kad Pengenalan (IC)

Prosedur Kemaskini:

  1. Selepas Web Admin memasukkan nombor kad pengenalan anda ke dalam sistem, anda boleh mengubah suai maklumat sendiri dengan mengklik butang "Kemaskini" pada halaman "Ahli Kariah" di bahagian nama anda.
  2. Nota Penting: Sekiranya anda telah mengemaskini "Alamat E-mel" dan "Kata Laluan Baru", butang "Kemaskini" tersebut tidak akan muncul lagi.
  3. Selepas pendaftaran e-mel selesai, anda boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa dengan cara mengklik butang "Log Masuk" yang terdapat di bahagian atas laman web.

Terima kasih atas kerjasama anda.